06 Mac 2014, Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Perlis telah menganjurkan Program Pembentukan Sahsiah Kendiri bersama Orang diParol, Pesalah PKW dan Penghuni Rumah Perantaraan bertempat di Rumah Perantaraan Negeri Perlis. Program dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Penduduk Keluarga Negara (LPPKN), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlisini telah dirasmikan oleh Pengarah Parol Negeri Perlis.
Antara pengisian program ialah ceramah motivasi dan sesi kaunseling berkelompok yang dikendalikan oleh kaunselor dari LPPKN Negeri Perlis. Pada program ini juga, pihak LPPKN Perlis telah memberikan komitmen mereka untuk menjalinkan kerjasama berterusan dengan mengadakan sesi kaunseling berkelompok secara berjadual kepada ODP, Pesalah PKW dan Penghuni Rumah Perantaraan dengan bantuan kaunselor dari LPPKN.
""